
Jun 1, 2023
TERUS BERKARYA! š¤
Alhamdulillah Abang Brooch meneruskan lagi berkarya untuk beberapa lagi Art Exhibition dan juga Pertandingan lukisan di seluruh negara.
Bila kita melukis ni memang nampak seperti mudah tetapi sebenarnya memerlukan satu tahap mentaliti yang sangat kuat kerana kita sentiasa dalam keadaan yang gelisah menantikan hasil seni tersebut bila dah jadi lukisan sepenuhnya.
Tapi Abang Brooch rasa seronok je sebab dia memberi satu ketenangan juga dalam masa yang sama dan menjadikan kita sentiasa berinspirasi untuk menghasilkan karya terbaik untuk buat para pengumpul nanti.
Lukisan ni adalah yang paling besar setakat ni.
Nanti Abang Brooch share kat korang hasilnya tau.
Terima kasih atas support kau orang semua eh..
Love you all šš
#AbangBrooch #ArtExhibition #artgallery