News


TERKINI!

TERKINI!

TERKINI! MOU RAKAN TEKNOLOGI AUM-IKM (MEDAC)

Alhamdulillah Akademi Usahawan Mikro AUM telah terpilih di antara Rakan Teknologi bersama Institut Koperasi Malaysia IKM dan telah menerima Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah diserahkan oleh YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar , Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sempena perasmian Seminar Online Digitalisasi Koperasi "Pemerkasaan Teknologi Kepada Perniagaan Dan Koperasi" dan melancarkan Technology Lab IR 4.0.

Majlis gilang-gemilang ini telah bertempat di Auditorium Dato’ Abdul Majlid, Institut Koperasi Malaysia (IKM) di Petaling Jaya, pagi tadi dan dihadiri seramai 300 peserta daripada seluruh negara.

Pemilihan Akademi Usahawan Mikro AUM sebagai salah satu Rakan Teknologi Institut Koperasi Malaysia IKM ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi nilainya kepada kami di Akademi Usahawan Mikro AUM untuk terus menjadi satu jenama solusi digital yang gah dalam meneruskan perjuangan membantu proses Pendigitalan Perniagaan Usahawan Mikro dan PKS bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh ASEAN.

Kerjasama ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dikalangan pemimpin koperasi dan koperator di seluruh negara dalam mendepani cabaran dunia digitalisasi dan mempelajari kemahiran baru sekaligus memperbaiki lagi takbir urus gerakan koperasi bersama Akademi Usahawan Mikro AUM yang menawarkan solusi digital yang sangat mudah dan mesra pengguna iaitu "Digasto.com - DIY Website & Ecommerce System" yang hanya menggunakan Facebook Page dan siap dalam masa 2 minit sahaja!

Tahniah kepada semua, terutamanya #TeamAUM, para Pelabur dan barisan Pimpinan dan Pengarah AUM.

Terima juga kepada Institut Koperasi Malaysia IKM dan semua rakan kerjasama kerajaan dan swasta dan semua Alumni Usahawan Mikro dan PKS dari seluruh negara atas sokongan dan dorongan kalian semua.

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow

View On Facebook
APPLY SME DIGITAL GRANT BY GOVERMENT
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com