News


SELAMAT BERLABUH 2021.

SELAMAT BERLABUH 2021.

SELAMAT BERLABUH 2021..

Assalamualaikum & salam sejahtera semua

Alhamdulillah setelah setahun kita menjalani proses hidupan yang sangat istimewa & mencabar sepanjang 2020 ini akhirnya 2020 akan berlabuh meninggalkan kita.

Akademi Usahawan Mikro AUM seperti mana syarikat-syarikat tempatan lain tetap menghadapi cabaran yang sama sepanjang 2020.

Cabaran yang kami hadapi memang tidak pernah terjangkau oleh akal fikiran kami namun begitu kami bersyukur kerana tetap utuh dalam meneruskan perjuangan untuk membantu usahawan seluruh negara.

Walau banyak cerita-cerita sedih sepanjang 2020 ini namun kami tetap pandang positif terhadap semua cabaran yang kami hadapi.

Kami pastikan kenangan dan pengalaman pahit manis sepanjang 2020 ini menjadikan kami lebih cepat dan tetap terus bersemangat meneruskan perjuangan.

Antara kejayaan TOP 10 Akademi Usahawan Mikro AUM sepanjang 2020:

1. Berjaya mentransformasi model perniagaan Akademi Usahawan Mikro AUM daripada pusat ilmu Keusahawanan secara Konvensional kepada 100% Digital & Virtual.

2. Menjalankan lebih dari 40 sesi Digitalisation Kelas Virtual & Kelas Fizikal yang dihadiri oleh Usahawan PKS dari seluruh negara dan beberapa negara luar termasuk dari golongan Asnaf & B40 dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, badan korporat, NGO dan kumpulan-kumpulan usahawan.

3. Dijemput sebagai Panel dalam Pendigitalan PKS secara LIVE di pelbagai media massa antaranya Astro Awani, Bernama TV, RTM, TV3, The Star, Bernama Radio, Radio Nasional FM dan pelbagai lagi.

5. Terpilih sebagai Finalis Top 5 Malaysian Commercialisation Year 2020 dalam kategori Keusahawanan Sosial

6. Terpilih sebagai Top 17 Startup untuk IEEEINM (Institute of Electrical & Electronics Engineers Innovation Nation Malaysia)

7. Memenangi Pitch Terbaik anjuran Ataplus

8. Terpilih sebagai Top 100 Startup untuk Startup Turkey 2020

9. Terpilih sebagai Top Startup dalam MaGIC Innovation & Entrepreneurship Bootcamp

10. Terpilih sebagai salah satu Technical Service Provider untuk SME Business Digitalisation Grant oleh MDEC, BSN & Kementerian Kewangan.

Insya Allah kami akan terus berjuang oada 2021 & merancang untuk memenuhi aspirasi #AUMDIGITAL2021

1. Meningkatkan daya saing Akademi Usahawan Mikro AUM dengan Pejabat Urusan baru di Petaling Jaya.

2. Mendigitalkan 1,000 Usahawan PKS Malaysia & ASEAN

3. Memperkembangkan sayap Akademi Usahawan Mikro AUM bersama Digasto.com untuk ke Thailand, Indonesia & Dubai

4. Melancarkan Program Cross Border Ecommerce 2021 yang komprehensif & Praktikal seterusnya...

4. Menjadi Akademi Transformasi Digital #1 di ASEAN!

Terima kasih dan Tahniah kepada Team AUM kerana bertungkus lumus dan sentiasa bekerjasama dalam mempertahankan kesinambungan Akademi Usahawan Mikro AUM agar terus relevan dalam industri dalam menjadi Akademi pelopor utama dalam mendigitalkan Usahawan PKS.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua Kementerian, Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri bersama Agensi berkaitan, badan-badan korporat, rakan media serta kumpulan kumpulan usahawan yang sama-sama dengan Akademi Usaha Mikro AUM untuk meneruskan Agenda Digital Negara.

Semoga tahun hadapan 2021 menjadi tahun yang lebih baik dan memberangsangkan agar kita dapat terus relevan dalam perniagaan masing-masing dan terus cekal menghadapi cabaran Pandemik Covid-19.

Semoga perjuangan ini sentiasa dirahmati Allah selalu hendaknya. Amin.

Selamat Berlabuh 2020 & Selamat Datang 2021!

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow #byebye2020 #welcome2021

Nukilan,
Abd Azharee Bin Abdul Wahid
Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Usahawan Mikro AUM

View On Facebook
APPLY SME DIGITAL GRANT BY GOVERMENT
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com