News


PKS PERLU CEPAT & TEPAT DALAM BELANJAWAN 2021

PKS PERLU CEPAT & TEPAT DALAM BELANJAWAN 2021

PKS PERLU CEPAT & TEPAT DALAM BELANJAWAN 2021

#ASTROAWANI & #BERNAMATV @501awani @bernamatvofficial Alhamdulillah saya sekali lagi dijemput oleh Astro Awani & BERNAMA TV untuk berada dalam sesi wawancara LIVE kelmarin.

Sesi ini ada berkaitan dengan Belanjawan 2021 yang membincangkan bagaimana pemain PKS boleh memanfaatkan semua perkara yang telah disenaraikan di dalam belanjawan tersebut.

Antara yang telah saya tekankan dalam sesi Live adalah:

1. Usahawan perlu sentiasa mencari maklumat yang tepat dalam semua perkara yang telah dinyatakan dalam Belanjawan 2021.

2. Pastikan dokumentasi kita semua lengkap untuk mula mencari peluang dan memohon segala bantuan yang telah disediakan.

3. Pendigitalan perniagaan adalah sangat penting terutama dalam krisis convid19 ini yang menjadikan kita harus lebih agresif dalam mempertingkatkan daya saing dalam dunia digital.

4. Segala pengurangan bayaran atau moratorium yang telah di sahkan oleh pihak pemberi dana, pastikan kita gunakan saki-baki yang ada itu untuk perkembangan perniagaan dan bukannya untuk penggunaan perbelanjaan peribadi.

5. Industri yang sangat terkesan seperti pelancongan dan peruncitan perlu mencari ruang dan peluang perniagaan yang mungkin sepenuhnya berbeza daripada apa yang sedang dijalankan sebelum krisis Covid-19 untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

6. Segala bantuan yang telah disenaraikan dalam Belanjawan 2021, tidak kekal lama jadi usahawan perlu terus mendapatkan maklumat dari agensi yang berkaitan dan memohon secepat yang mungkin tidak menunggu hanya di saat-saat akhir.

Semoga tahun 2021 ini walaupun dijangkakan sangat mencabar ini menjadikan kita lebih kuat dalam meneruskan perjuangan kelangsungan perniagaan masing-masing dan terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih kepada yang menonton dan juga sentiasa menyokong perjuangan Akademi usahawan mikro AUM.

Sekiranya anda perlukan bantuan untuk menceritakan perniagaan masing-masing sila lah hubungi saya di 0176779886.

Terima kasih.

Azharee Wahid
Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Usahawan Mikro AUM

View On Facebook
FREE DIGITAL CLASS FOR YOU!
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com