
Apr 28, 2022
PERJUANGAN PENDIGITALAN DITERUSKAN LAGI KE UTARA! š
Sekali lagi kami berpeluang bertemu dengan Bakal ā Bakal Usahawan & Usahawan Otai yang hebat di sebelah Utara (Perlis, Sungai Petani, Kulim & Perak) secara bersemuka. Hampir seminggu kami berkampung di Utara untuk menyampaikan ilmu-ilmu untuk mendigitalkan perniagaan mereka!
Tidak lupa juga kepada Pihak Bank Rakyat dengan Kerjasama Dasar Keusahawan Nasional 2030 ā Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menjemput Akademi Usahawan Mikro AUM untuk menjadi penceramah bagi Program Perniagaan Sebagai Kerjaya Alternatif dengan membimbing pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk memulakan perniagaan sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa.
Jutaan Terima Kasih Akademi Usahawan Mikro AUM ucapkan. Semoga dengan ilmu yang disampaikan menjadi pendorong untuk hala tuju perniagaan yang dijalankan dan jika ada rezeki kita berjumpa lagi, Insyallah. š„°
#digitalisnow #usahawanutara #usahawanperlis #usahawankedah
#usahawanpinang #usahawaperak #usahawanmedac #uniMap
#bankrakyat #go2aum #digasto