
Jun 2, 2023
PERJUANGAN Diteruskan! š«”
Alhamdulillah walaupun Abang Brooch sibuk dengan Art Exhibition di beberapa Galeri, namun tanggung jawab sebagai BisKaunselor Institut Keusahawanan Negara tetap diteruskan.
Jiwa saya tetap pada Usahawan dan sentiasa teruja bila bertemu dengan Usahawan seluruh negara di Program BizClinic INSKEN ini.
Ramai ramai daripada usahawan yg hadir membincangkan pelbagai cabaran dalam perniagaan terutama dalam pengurusan kewangan, pengurusan pekerja dan juga pemasaran terutama dalam bidang digital.
Sebagai BisKaunselor INSKEN kami memang akan bertugas untuk membimbing Usahawan untuk melihat solusi yang ada kepada cabaran-cabaran tersebut.
Terima kasih INSKEN dan Team Tuan Firdaus Azharuddin kerana sudi menjemput saya bertugas pada hari tersebut.
Semoga urusan semua urusan usahawan akan dipermudahkan dan memberi semangat baru kepada mereka untuk meneruskan kesinambungan perniagaan.
Untuk program yang ada di INSKEN, boleh layari www.insken.gov.my
#inskenofficial #BisKaunselor