News


PERCAYALAH, DUGAAN ALLAH ITU MANIS.

PERCAYALAH, DUGAAN ALLAH ITU MANIS.

PERCAYALAH, DUGAAN ALLAH ITU MANIS.. 😢

ALLAHUAKBAR, sayu hati saya apabila melihat beberapa hari pertama berpuasa ini banyak dugaan kepada semua peniaga Bazar Ramadan yang berada di seluruh negara terutama yang di Lembah Klang.

Bukan sahaja kita baru sahaja dibenarkan berniaga berbanding tahun lepas, hujan yang amat lebat dan kadangkala diiringi dengan ribut menjadikan cabaran berniaga di bulan Ramadan lebih mencabar kepada semua peniaga kecil di Bazaar Ramadan.

Semua perkara ini mengimbau kenangan saya apabila saya masih berniaga di tepi jalan dan Bazar Ramadhan sekitar awal tahun 2009 selama beberapa tahun. Saya pernah rasa bagaimana gerai bazar Bazar Ramadan Kami juga telah hampir rosak disebabkan banjir di Bandar Sunway masa tu. (boleh rujuk gambar)

Saya masih ingat ketika itu, sayu hati saya mengingatkan bagaimana Ayahanda dan Bonda saya memegang khemah Bazar Ramadan untuk memastikan ia tidak roboh dan saya dan adik adik saya berlari-lari (ada juga di gambar) untuk menyelamatkan meja dan makanan supaya tidak terbang ataupun hanyut dibawa banjir kilat di Bandar Sunway pada ketika itu.

Saya faham cabaran semua. 😢

Benarlah berniaga itu memang mudah, namun bila dikenangkan cabaran dalam perniagaan tidak mungkin semua orang boleh faham dan juga hadapi cabaran itu dengan penuh tenang seperti peniaga Bazaar Ramadhan pernah rasa cabaran seperti ini.

Anda memang hebat!

Memandangkan kita telah dibenarkan berniaga dan juga membeli di Bazar Ramadan, saya mohon jasa baik semua warga sekitar Bazaar Ramadhan untuk sama-sama turun berbelanja di pasar Ramadan untuk sekurang-kurangnya sokong mereka yang berniaga secara kecil-kecilan untuk mendapatkan pendapatan tambahan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Sekurang-kurangnya hasil jualan pada hari kita berbelanja mengukir senyuman kepada semua peniaga peniaga kecil yang dapat tambah pendapatan demi kelangsungan kehidupan keluarga masing-masing.

Kepada semua peniaga kecil yang diuji Allah SWT sepanjang beberapa hari ini dengan hujan yang amat lebat, kita sentiasa perlu redha dan tabah menghadapi dugaan. Sesungguhnya setiap kesulitan itu akan datang serentak dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih bahagia; ini janji Allah dalam AlQuran. Allah hanya akan uji hambaNya berdasarkan kekuatan yang ada dalam diri seseorang hambanya.

Semoga semua peniaga akan terus tabah dan semua pembeli akan terus kekal membeli dan yang paling penting, tolong jaga SOP sepertimana yang telah dinyatakan oleh pihak kerajaan agar sama-sama kita dapat merasai kenikmatan Ramadhan dan juga indahnya Aidilfitri tahun ini.

Salam sayang buat semua, salam Ramadan daripada saya dan saya yakin anda semua memang antara Intan Terpilih untuk menjadi Hamba Allah yang paling kuat dan tabah tahun ini.

Azharee Wahid
Ketua Pegawai Eksekutif AUM

Mantan Peniaga Kecil Bazaar Ramadhan
Masjid Al husna, Bandar Sunway,
Petaling Jaya Selangor.

View On Facebook
APPLY SME DIGITAL GRANT BY GOVERMENT
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com