
May 1, 2023
NEGARA KE SEPULUH!
Alhamdulillah, #AbangBrooch rasa bersyukur sangat nak bagitau yang koleksi Brooch Fizikal Abang Brooch NFT, "Midnight Garden" Ini telah berjaya dihantar ke negara ke-10 iaitu Filipina!
Kami tidak pernah menjangkakan koleksi kami akan berkembang sebegitu pesat, dan ini semua berkat sokongan yang luar biasa dari anda semua.
Kami bersyukur atas sokongan dan penghargaan yang diberikan kepada hasil seni kami dan mana mungkin kami dapat capai tahap ini tanpa sokongan anda.
Selagi kami berupaya untuk berkembang, kami akan berusaha untuk mencipta karya yang lebih unik dan menakjubkan untuk membawa jenama Abang Brooch NFT ini ke seluruh dunia!
Terima kasih kepada semua penyokong kami, terutamanya kepada para kolektor dari Filipina kerana menjadikan impian ini menjadi kenyataan.
Rasanya, kami tidak sabar lagi untuk melihat sejauh mana perjalanan ini akan membawa kami ke peringkat selanjutnya!
#nftcommunity #nftartwork #NFTartists #nftcollectors