News


MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH AUM YANG PERTAMA 2021

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH AUM YANG PERTAMA 2021

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH AUM YANG PERTAMA 2021

Alhamdulillah selesai semalam mesyuarat Lembaga Pengarah Akademi Usahawan Mikro AUM membincangkan hala tuju dan strategi untuk membantu lebih ramai usahawan PKS bukan sahaja di Malaysia malah juga di peringkat ASEAN.

Beberapa strategi untuk mendekati cabaran Pendigitalan Usahawan PKS telah dibentangkan dan juga diperhalusi untuk menambahbaik nilai kepada semua usahawan PKS demi membantu mereka terutama dalam keadaan krisis pandemik covid-19.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro AUM, antara tugas saya utama ialah untuk menyediakan perancangan perniagaan, hala tuju dan strategi untuk meneruskan aktiviti pada tahun ini dan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Akademi Usahawan Mikro AUM untuk mendapat pandangan dan kelulusan.

Banyak program telah diatur untuk memberi pendedahan betapa mudahnya untuk pendigitalan perniagaan masing-masing demi meneruskan kelangsungan perniagaan terutama kepada usahawan yang sangat terjejas diakibatkan oleh krisis Covid-19.

Perancangan perniagaan secara keseluruhan termasuk unjuran kewangan dan belanjawan Akademi Usahawan Mikro AUM juga telah diluluskan demi memudahkan perjalanan aktiviti syarikat dan meneruskan perjuangan membantu usahawan seluruh negara.

Antara fokus Akademi Usahawan Mikro AUM tahun ini adalah untuk membantu usahawan dengan mendapatkan SME Business Digitalisation Grant yang telah disediakan oleh Kementerian Kewangan melalui MDEC untuk mempercepatkan proses Pendigitalan perniagaan anda semua.

Doakan kami untuk lebih kuat meneruskan perjuangan pada tahun ini dan semoga 2021 ini menjadi tahun yang jauh lebih baik berbanding dengan 2020.

Terima kasih atas Semua sokongan anda kepada Akademi Usahawan Mikro selama ini.

Bagi yang belum mendapatkan geran tersebut boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja. 👍😁

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow

View On Facebook
APPLY SME DIGITAL GRANT BY GOVERMENT
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com