News


MATRADE ENATIONAL EXPORT DAY #eNED2020

MATRADE ENATIONAL EXPORT DAY #eNED2020

MATRADE ENATIONAL EXPORT DAY #eNED2020

Alhamdulillah Saya dijemput MATRADE sebagai salah seorang finalis untuk segmen Boost Your Export Via Cross-Border Ecommerce.

Saya diletakkan bersama dengan pakar-pakar Ecommerce yang lain seperti dari KK Commerce dan juga BudiCart.

Kami banyak membincangkan tentang keperluan untuk eksport bagi usahawan PKS dengan menggunakan e-commerce sebagai platform yang mudah.

Akademi Usahawan Mikro AUM dengan platform Digasto.com sedang dalam proses untuk membantu lebih ramai usahawan PKS untuk mula berniaga secara rentas sempadan.

Selain itu ruang untuk menjalankan perniagaan secara cross-border memberi market akses yang lebih besar kepada usahawan PKS Malaysia untuk mempromosi produk dan perkhidmatan mereka ke luar negara.

Banyak juga soalan-soalan yang diberikan oleh peserta secara virtual ini namun kami cuba menjawab dengan sebaik yang mungkin.

Sesi ini juga adalah satu pengalaman yang sangat istimewa kerana inilah kali pertama saya berada dalam konferens secara virtual dengan menjadi salah seorang Perlis.

Pesan saya kepada semua usahawan PKS jika bukan Krisis Covid-19 ini menjadi pemangkin untuk kita berubah ke arah digital, apa lagilah agaknya sebab yang boleh mendigitalkan perniagaan kita.

Yang penting kita harus PEKA DIGITAL dan bukan PEKAK DIGITAL.

Terima kasih kepada MATRADE kerana sudi menjemput kami.

Ini adalah satu penghargaan yang baik daripada agensi yang serius dalam membantu usahawan PKS untuk menjadi pengeksport utama negara.

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow @matrade_hq @matrade_wilayahtimur

View On Facebook
FREE DIGITAL CLASS FOR YOU!
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com