News


Timeline Photos

Timeline Photos

Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME Day) | 27 Jun 2020.

Keusahawanan teras kemajuan ekonomi global. Tidak dinafikan bahawa bidang keusahawanan telah menjadi pilihan utama generasi muda dan lepasan TVET sebagai alternatif kerjaya pada masa kini. Baik secara sepenuh masa, separuh masa atau sambilan termasuk freelance (dalam kategori ekonomi lejang / gig economy).

Umum mengetahui bahawa 98.5% daripada jumlah perniagaan di negara ini adalah kategori PKS. Majoriti perusahaan Mikro dan PKS beroperasi di negeri Selangor seterusnya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri khususnya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.

Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada KDNK negara sebanyak 23.7% pada tahun 2018 dan mensasarkan peningkatan kepada 30% pada tahun 2030. Sasaran ini bersekali dengan matlamat meningkatkan pendapatan per kapita negeri daripada RM4,008 sebulan kepada RM6,000 sebulan bagi seisi rumah bagi rakyat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa meneroka potensi baharu dalam bidang keusahawanan, perusahaan dan perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan nilai tambah kepada majikan serta pekerja.

Saya menyarankan semua pihak yang terlibat agar bersedia untuk adaptasi kemajuan teknologi terkini, alternatif pintar dan kaedah moden dalam memaksimumkan pengeluaran produk, menyeimbangkan tenaga kerja dengan keperluan mesin / robotik / AI.

Semoga perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana terus maju dan berkembang dalam suasana norma baharu serta dekad baharu ini. Teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa.

YB Puan Hjh Rodziah binti Ismail
Exco Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.

#SelangorMajuBersama
#ExcoUsahawan
#KitaJagaKita
#KitaPastiMenang

View On Facebook
FREE DIGITAL CLASS FOR YOU!
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com