News


DOAKAN KAMI YE.

DOAKAN KAMI YE.

DOAKAN KAMI YE..🤲😁

Alhamdulillah selepas beberapa bulan kami menjadi Digital Nomad & Work From Home (WFH) Alhamdulillah hari ini kami kembali ke pejabat baru kami yang terletak di Bandar Sunway.

Pejabat baru kami ini lebih kompak dan lebih bersifat santai untuk menjadikan satu suasana yang mesra pekerja dan seimbang dengan keperluan Team AUM yang ramai anak muda di Akademi Usahawan Mikro AUM.

Sepanjang tahun 2020 Krisis Covid-19 benar-benar mencabar bukan sahaja kami di Akademi Usahawan Mikro AUM malah semua pemain industri PKS seluruh negara.

Banyak perubahan secara drastik dalam perancangan perniagaan kami tahun lepas kami laksanakan dengan cepat dan tepat dan akhirnya menjadikan Akademi Usahawan Mikro AUM tetap kekal relevan dalam meneruskan perjuangan untuk mendigitalkan usahawan seluruh negara.

Ini semua adalah dengan berkat sokongan yang padu daripada semua Team AUM yang sanggup bersusah-payah dalam mengharungi cabaran Krisis Covid-19. Anda semua memang kapten kapal & kelasi terbaik untuk Akademi Usahawan Mikro AUM!

Insya-allah dengan pejabat yang baru, perancangan yang baru, semangat yang baru, menjadikan kami lebih berani dan kuat untuk berjuang dalam meneruskan Agenda Digital Negara.

Terima kasih di atas semua sokongan dan doa kalian agar kami tetap utuh dalam industri demi membantu lebih ramai usahawan bukan sahaja di Malaysia malah Insya-allah tahun ini akan berkembang ke beberapa negara ASEAN.

Kami doakan anda semua juga supaya terus kekal semangat dalam meneruskan perjuangan hidup ataupun kerjaya mahupun perniagaan masing-masing.

Semoga semua urusan kalian dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala dan tahun 2021 ini menjadi tahun yang jauh lebih baik dari tahun sebelumnya.

Jemputlah datang melawat kami bila-bila ye. 👍😉

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow #Aum2Dubai2021

View On Facebook
APPLY SME DIGITAL GRANT BY GOVERMENT
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com