News


DAH SETTLE SAMBUNG MOROTARIUM?

DAH SETTLE SAMBUNG MOROTARIUM?

DAH SETTLE SAMBUNG MOROTARIUM? 😱

Alhamdulillah tadi selesai perbincangan dengan Pegawai Bank untuk melanjutkan Morotarium dalam program anjuran Bank Negara Malaysia BNM.

Sementara tengah menunggu perbincangan dengan pegawai bank ada dalam dua orang bersama dengan saya tadi di kaunter yang sama.

Di sebelah kiri saya ada seorang abang ni, dia nampak suram je kerana difahamkan baru saja diberhentikan kerja.

Dia juga tengah berurusan dengan pegawai bank untuk mengurangkan bebanan bayaran bulanan pinjaman dan saya dengar pinjaman tu datang daripada anak dia kemungkinan besar dia adalah guarantor.

Di sebelah kanan saya pula ada seorang anak muda ini juga dalam proses menguruskan bayaran semula dengan bank juga.

Yang sedihnya, saya dengar dia kata syarikat yang dia sedang bekerja dah lama berhenti operasi & dis kena berhenti kerja hanya dengan Whatsapp sahaja.

Lepas tu langsung tak ada apa-apa lagi berita dari syarikat tu selepas menerima WhatsApp tersebut.

Sayu juga hati saya dengar. 😔😔😔

Jadi bagi kawan-kawan yang masih bekerja, bersyukurlah kita masih lagi ada sumber rezeki.

Ramai kawan-kawan di luar sana dah hilang punca kehidupan dan juga hilang punca pendapatan.

Bagi usahawan dan majikan pula, sekiranya anda masih lagi ada team yang kekal bersama dengan anda dalam keadaan yang sangat menggusarkan ini, jagalah mereka dengan baik baik kerana kemungkinan mereka juga adalah bakal pemimpin syarikat anda pada masa akan datang.

Bagi usahawan yang belum lagi berjumpa dengan pegawai bank untuk memanjangkan moratorium, carilah mereka sekarang kerana masa sangat-sangat suntuk.

Bulan depan dah mula kena bayar penuh balik.

Saya dah selesai, harap anda juga akan selesaikan dengan bank dalam masa terdekat ini.

Perjuangan kita baru sahaja bermula.

Bagi yang berniaga, saya doakan semuanya kekal kuat dan penuh semangat dalam meneruskan perniagaan.

Kepada semua yang berkerja teruskan dedikasi anda dan komitmen anda kepada syarikat yang anda sedang bekerja.

Semoga Allah sentiasa memberi memberkati kita semua.

Tahniah juga kepada Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official) kerana telah menganjurkan sesi yang sangat membantu semua usahawan dan war

View On Facebook
FREE DIGITAL CLASS FOR YOU!
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com