Jun 20, 2022
Beberapa hari ni, saya bertukar pemandangan dari pejabat saya!
Kalau di Dubai, pemandangan Dubai Marina. 2-3 hari ni, pemandangan PJ & KL, pejabat saya di Oval Damansara.
Mana lagi cantik?
Berbeza pemandangan pejabat saya di Malaysia, banyak kelebihannya. Kalau di Dubai, nak lihat kehijauan memang tak banyak. Setakat pokok kurma je la banyak. Bestnya di Malaysia pemandangan hijau - sangat damai!
Teringat pula lagu "Hijau" Zainal Abidin satu ketika dulu zaman "kaset". Baik mengaku siapa ada album Hijau ni?
Masa tu saya kena kumpul duit belanja sekolah RM10 nak beli kaset popular Zainal Abidin. Masa tu memang viral. Tapi viral dulu bukan macam viral sekarang.
Lagi kaset-kaset apa yang viral dulu2?
Hari ini saya menjalankan event talk bersama bekas-bekas pelajar saya di sini. Good to see them all!
Tapi kan, esok saya dah pulang semula ke Dubai. Singgah ke Jeddah sebab ada urusan.
Sebelum tu, jika anda tak dapat ikuti program saya hari ini, ikuti class online percuma saya untuk tahu apakah perniagaan terbaik untuk anda mulakan, di www.NakJualApa.com
Jumpa di sana!
-ik
kl