News


AUM @ BAJET SELANGOR 2021

AUM @ BAJET SELANGOR 2021

AUM @ BAJET SELANGOR 2021

Alhamdulillah semalam selesai dialog bajet Selangor 2021 aaya juga telah dijemput sebagai salah seorang daripada panel untuk diskusi berkenaan Sindiket Usahawan Mikro, digitalisasi dan juga pembangunan kemiskinan bandar.

Saya rasa teruja kerana diletakkan dengan panel-panel yang hebat di antaranya adalah wakil daripada GRAB MALAYSIA, mantan Ketua Pegawai Eksekutif MCMC dan juga dihoskan oleh seorang pengacara yang terkenal dari Astro Awani, Tuan Kamarul Bahreen.

Banyak yang diperbincangkan semalam di antaranya adalah strategi cabaran dan peluang yang ada untuk membangunkan keusahawanan mikro menggunakan teknologi dan digitalisasi dalam masa yang sama juga memperbaiki tahap hidup penduduk yang miskin bandar.

Walaupun perbincangan banyak juga berkisar cabaran ekonomi menghadapi Krisis Covid-19, namun Kerajaan Negeri Selangor terus serius dalam membentangkan Bajet Negeri Selangor yang terbaik buat semua Rakyat Selangor.

Antara resolusi yang dikeluarkan semalam adalah menjadikan tahun 2021 Allah Tahun Digital bagi Bajet Negeri Selangor, pembangunan usaha mikro yang inklusif dengan bantuan agensi kerajaan negeri dan juga PBT. Dalam masa yang sama juga membangunkan lagi banyak program untuk menambah pendapatan terutamanya golongan miskin bandar.

Inisiatif digital perlu inklusif di antaranya adalah peranti digital yang diperlukan oleh usahawan mikro dan akses kepada data plan.

Pembangunan infrastruktur fizikal juga diperlukan terutamanya pembangunan pencawang-pencawang telco untuk akses Internet yang lebih baik di seluruh negeri Selangor.

Selain itu program-program yang berkaitan dengan Ekonomi Gig dan juga Usahawan Sosial perlu di lihat dengan lebih serius demi memberi idea penambahan pendapatan kepada golongan tersasar terutamanya golongan miskin bandar.

Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor kerana sudi menjemput Akademi Usahawan Mikro & semoga idea yang diperbincangkan semalam menjadi salah satu daripada resolusi yang dapat dibawa untuk membentangkan bajet Negeri Selangor 2021.

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow #KitaJagaKita #KekalTenang

View On Facebook
FREE DIGITAL CLASS FOR YOU!
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com