News


5 PERKARA PENTING SAYA PELAJARI SEBAGAI PEMIMPIN PERNIAGAAN SEPANJANG KRISIS COVID-19 2020

5 PERKARA PENTING SAYA PELAJARI SEBAGAI PEMIMPIN PERNIAGAAN SEPANJANG KRISIS COVID-19 2020

5 PERKARA PENTING SAYA PELAJARI SEBAGAI PEMIMPIN PERNIAGAAN SEPANJANG KRISIS COVID-19 2020

1. PERLU DAYA TAHAN YANG SANGAT KUAT

Sepanjang 2020 ini banyak sungguh cabaran yang telah kita hadapi terutama dalam perniagaan dan meneruskan hidup.

Kebanyakan daripada cabaran itu tidak pernah kita jangkakan sama sekali, ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan perniagaan, ada yang kehidupan sangat-sangat mencabar dan memberi tekanan yang sangat mendalam.

Oleh itu kita kena terus kekalkan semangat dan ada daya tahan yang sangat kuat supaya kita dapat meneruskan kehidupan demi kelangsungan hidup keluarga dan orang yang tersayang.

2. PERLU CEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN

Sebagai seorang usahawan, bila datang cabaran yang tidak pernah kita jangka kita seperti Krisis Covid-19, kita perlu buat keputusan dengan cepat untuk menyelamatkan apa saja yang perlu diselamatkan.

Ini termasuklah perniagaan itu sendiri dan juga yang berkaitan dengan kehidupan terutamanya keluarga kita.

Perancangan Itu penting namun begitu yang lebih penting adalah melaksanakan perancangan itu terutama dalam jangka masa pendek kerana Krisis Covid-19 ini berubah dalam masa yang sangat sangat singkat.

Oleh itu kita perlu kekal berani membuat keputusan dan menghadapi semua risiko.

3. PASUKAN PERNIAGAAN ADALAH SEGALANYA

Apabila kita berada dalam krisis terutamanya kepada usahawan PKS yang pasukannya belum ramai lagi, kekuatan semangat berpasukan sangat penting

Hampir semua keputusan yang dibuat perlulah mendapat pandangan daripada semua pekerja & juga ahli pasukan perniagaan masing-masing kerana mereka kadangkala memberikan idea jauh lebih baik daripada kita sebagai pemimpin perniagaan.

Beri ruang kepada mereka untuk sama-sama berjuang dalam keadaan krisis kerana itu menjadikan perniagaan kita lebih utuh dan semangat kerjasama yang sangat kuat untuk menyelamatkan perniagaan kita semua.

4. KEJUJURAN ADALAH KUNCI KOMUNIKASI YANG BAIK

Dalam keadaan Krisis Covid-19 inj, hampir semua manusia berada dalam keadaan skeptikal kerana mereka tidak tahu tentang hala tuju dan juga masa depan masing-masing, baik dari segi perniagaan mahupun pekerjaan dan juga kehidupan bersama keluarga.

Sebagai seorang pemimpin perniagaan kita perlu jujur dalam menyampaikan maklumat supaya apa sahaja masalah yang kita hadapi boleh diperbincangkan dengan baik dan memberi satu semangat yang jitu kepada semua untuk terus berjuang.

Pasukan kita juga lebih percaya kita apabila kita menyatakan perkara yang sebenar supaya sama-sama mencari jalan penyelesaian penyelesaian yang baik untuk menyelamatkan perniagaan masing-masing.

5. MOTIVASIKAN DIRI i KITA SEBELUM ORANG LAIN

Sebagai seorang pemimpin perniagaan kita perlu sentiasa berfikiran positif dan memotivasikan diri kita sendiri ini kerana dengan motivasi yang baik kita akan suntik motivasi tersebut kepada semua pasukan kita .

Ini menjadikan mereka lebih bersemangat dan percaya tentang masa depan mereka.

Sekiranya kita sendiri kurang motivasi carilah rakan-rakan ataupun Mentor untuk memberi suntikan semangat supaya kita lebih tenang dalam menghadapi semua dugaan dan teruskan perniagaan sebaik yang mungkin.

Saya doakan agar semua yang terus berjuang ini kekal tenang dan mempertingkatkan lagi daya usaha menghadapi tahun 2021 yang kita jangkakan masih lagi mencabar.

Saya yakin dengan semangat yang kalian semua ada pastinya anda akan terus berjuang demi membantu masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Marilah sama-sama kita doakan tahun 2021 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dan kita kembali kepada kehidupan yang lebih normal dan selamat dari segala bencana dan cabaran-cabaran yang tidak pernah kita jangkakan.

Sekiranya sekiranya anda perlu bantuan untuk merancang perniagaan tahun 2021 sila hubungi saya di 017 677 986 atau email saya di azharee@go2aum.com.

Perkongsian ini adalah dari,

Abd Azharee Bin Abdul Wahid
Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Usahawan Mikro AUM
0176779886

View On Facebook
APPLY SME DIGITAL GRANT BY GOVERMENT
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com