
Jul 8, 2022
πππππππππ
ππππππππ πππππππ: ππππππππ πππππππ πππππππ πππππ
ππππππππ ππππ β Peluang untuk mempelajari kemahiran baharu dalam teknologi adalah penting untuk memastikan setiap individu kekal terkini dan relevan dalam dunia digital yang pesat membangun. Peralihan kepada ekonomi digital dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan negara.
Saksikan temubual Bernama TV bersama Encik Abd Azharee Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM) bersama panel lain membahaskan dengan lebih lanjut berkenaan keterbukaan usahawan dalam mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan mereka.
1. ππππππ ππππ ππππππππ πππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππππππ ππππππ πππ πππππππππ ππππ πππ πππππππ πππππππ?
Tidak dinafikan bahawa semenjak penularan Covid-19 pada tahun 2020, perubahan penerimaan daripada pihak usahawan kepada proses pendigital adalah tinggi. Dalam konteks ini, yang penting adalah secepat mana usahawan mengadaptasi untuk memastikan perniagaan mereka tidak ketinggalan. Hal ini menguji tahap kesedaran dan ilmu dalam diri usahawan untuk memastikan peluang dan ruang yang ada dalam ekonomi digital dapat diadaptasikan secepat mungkin, tidak mengira sekecil atau semudah mana penggunaan teknologi tersebut, seperti E-Wallet, perbankan atas talian ataupun teknologi berperingkat tinggi seperti Blockchain atau NFT. Usahawan perlu segera mempersiapkan diri dengan ilmu teknologi digital untuk bersaing di peringkat rantau Asia mahupun antarabangsa.
2. Sπππππ ππππππππππ, ππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππ πππππππ, ππππ ππππ ππππππππ, ππππππ ππππππ ππππ ππππππππ ππππ ππππππ ππππππππππ πππππππ?
Mengikut kajian daripada IBM Malaysia, bermula tahun 2020, keterbukaan seseorang individu untuk menerima teknologi adalah 5 kali lebih cepat disebabkan penularan Covid-19. Namun, antara faktor-faktor yang menjadi kerisauan adalah penyediaan infrastruktur yang lengkap, ilmu pengetahuan dimana usahawan perlu fikirkan mana satu teknologi yang sesuai untuk mereka gunakan dan keterbukaan untuk menerima benda baru. Ini merupakan cabaran kepada usahawan mikro terutamanya kerana mereka kurang pendedahan kepada capaian teknologi. Kita juga ingin melihat bagaimana cepat mereka dapat adaptasikan teknologi itu dalam perniagaan mereka yang dapat meningkatkan hasil jualan, pendapatan dan dapat bersaing dengan lebih baik diluar sana.
3. πππππππππππ πππππππ ππππππ ππππ ππππ πππππππππ πππππππ πππππππ, βππππ ππππππππππ πππππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππππππ, πππππππ πππππππππ ππππππππππ ππππππππππππ ππππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππππππππ πππππ ππππ πππ ππππππππππ.β ππππππ πππππππππ πππ πππππππ πππππ ππππππ πππππππππ ππππ ππππππ?
Terdapat pelbagai pemain industri didalam Malaysia, yang bermaksud, setiap darinya mempunyai adaptasi yang berbeza, kehendak dan kepentingan yang berbeza. Di sini kita dapat lihat kepentingan penubuhan jawatankuasa Malaysia Digital dengan mencuba memahami keperluan-keperluan setiap industri. Tugas mereka tidak terhad hanya kepada analisis data atau asas-asas polisi sahaja tetapi lebih kepada turun padang melihat apa keperluan pemain-pemain industri supaya dapat mencipta teknologi baru atau membawa teknologi dari luar demi memastikan perkembangan arus perniagaan. Jika itu merupakan antara objektif utama dalam jawatankuasa dalam memastikan kehendak para usahawan difahami, Malaysia Digital boleh menjadi satu platform yang baik untuk menaikkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
4. ππππππ ππππ πππππππ ππππππππ πππππ (πππ) πππππ πππππππ πππππ πππππ πππππππ πππππππππ πππππππ ππππππππππππ ππππ ππππππ ππππππ ππππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ?
Kita ambil contoh penggunaan E-wallet. Ia merupakan sistem yang mudah untuk diadaptasikan oleh kedua-dua pihak penjual dan pembeli. Bagi pihak pelanggan, mereka hanya perlu muat turun mana-mana aplikasi E-wallet dan menyediakan wang yang mencukupi di dalam E-wallet, manakala bagi pihak penjual, tugas mereka menyediakan kod QR berhadapan kaunter dan hantar kepada ke semua platform di media sosial. Adalah penting bagi usahawan untuk memahami sistem ini kerana teknologi yang semakin berkembang seperti sistem kripto. Apabila usahawan bersifat keterbukaan, mereka dapat bersedia untuk mengadaptasi penggunaan sistem mata wang yang maju.
5. ππππππππππ ππππππππ πππππ ππππ πππππππ (πππππππ) ππππππππ ππππππ πππππππ πππππππ ππ πππππ ππππ ππππππ ππππππ ππππππππππ ππππππππ, πππππ ππππππππ ππππππ πππ ππππππππππ. πππππππ-πππππππ πππππ πππ ππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππππ.
Kewujudan ekonomi digital telah mengurangkan interaksi bersemuka antara peniaga dan pelanggan. Terdapat dua perspektif yang kita dapat lihat disini, dari sudut pandangan seorang usahawan atau peniaga, mereka perlulah menyiapkan diri mencari ilmu yang baik dari segi mengawal selia kejujuran apabila berniaga. Contohnya, pelanggan dapat barang sama seperti barang yang di iklankan. Ini merupakan amanah dan tanggungjawab sebagai peniaga untuk memastikan rezeki yang diperoleh adalah berkat. Dari sudut pandangan pembeli pula, mereka perlukan banyak pendedahan tentang ilmu perundangan. Contohnya, membaca terma dan syarat sebelum membeli apa-apa produk. Produk tersebut perlulah mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP. Mereka juga perlu tahu hak mereka sebagai pengguna. Oleh itu, apabila kedua-dua pihak saling memahami, transaksi dapat berjalan dengan lancar dan pembeli juga selesa dan percaya terhadap pembelian secara atas bersemuka mahupun secara atas talian.
6. ππππ ππππ ππππππππππ, ππππππππ πππππ ππππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππππ ππππππππ πππππ. πππ ππππ πππππ πππππππππ πππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ πππππππ?.
Usahawan perlulah berani mencuba dan mengkaji pesaing mereka supaya pemahaman terhadap menentukan penanda aras adalah tinggi. Usahawan juga disarankan untuk membandingkan jenama mereka dengan pesaing dari luar negara kerana dengan cara ini, mereka lebih semangat untuk bersaing secara komited. Namun, pemikiran yang negatif atau tidak bertindak dengan cepat menyebabkan mereka boleh ketinggalan daripada yang lain.
7. πππππππππ πππππππππ πππππππ ππππππππππ πππππ. ππππππ ππππππππ-ππππππππ πππππ πππ πππππππ ππ πππππππ ππππ πππππππ ππππ πππππ ππππ ππππ ππππππππ πππππππππππ πππππ πππππππ πππππππ πππππππ ππππππ?
Tidak dinafikan untuk menggunakan teknologi, usahawan memerlukan peranti, capaian internet, sistem dan sebagainya. Jika tiada peruntukan, mereka terpaksa ikat perut supaya dapat menyimpan wang tersebut sebagai pelaburan kecil untuk menaik taraf peranti. Ia menguji usahawan untuk meletakkan pelaburan di tempat dan waktu yang betul. Jika telefon pintar atau internet merupakan kepentingan masa kini, ia sepatutnya menjadi keutamaan kepada usahawan. Bagaimanapun, kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting dengan membantu para usahawan dari segi subsidi dalam membantu adaptasi ekonomi digital.
8. πππππ ππππππ πππππ ππππππππ ππππππ πππππππππ πππππ ππππππππππ πππππππππ πππ ππππ ππππ. πππ ππππ πππππ ππππ ππππππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ ππππππ-ππππππ ππππ?
Bersaing merupakan sifat semula jadi seseorang usahawan. Kalau dilihat dari perspektif yang baik, ia dapat menjadikan mereka lebih terbuka untuk menerima benda baru. Oleh itu, usahawan perlu bersikap terbuka supaya mereka dapat mengadaptasi teknologi digital yang dapat mencipta sumber pendapatan baru melalui E-wallet atau perbankan secara atas talian supaya mereka tidak ketinggalan. Hal ini melahirkan anjakan minda buat usahawan untuk menerima baik dari segi operasi atau komunikasi dengan pelanggan.
9. πππππππππ πππππππ ππππ πππππππππ ππππππππ πππππππUsahawan perlu sentiasa terbuka minda untuk menerima ujian baru, berani untuk mencuba dan persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya mereka lebih bersedia menerima limpahan teknologi dan ekonomi digital untuk merebut peluang keemasan tersebut. βKalau bukan sekarang, bila lagi?
Kenyataan media ini disediakan oleh sekretariat program, Akademi Usahawan Mikro Sdn Bhd. (AUM). Untuk keterangan lanjut, layari go2aum.com atau email rasmi syarikat kami di admin@go2aum.com.
Klik untuk tonton :
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/314221650819145/
#go2aum
#digasto
#bernamatv
#ruangbicara
#inisiatifmalaysiadigital