
Jul 8, 2022
πππππ ππππππ ππππ, πππ ππππ πππππ ππππ?
π£ππ§ππππ‘π πππ¬π β Menurut kajian, terdapat 70% usahawan terutamanya usahawan mikro telah gulung tikar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 kesan daripada penularan wabak Covid-19. Antara faktor yang menyumbang kepada statistik ini adalah ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan dalam negara.
Saksikan temubual Astro Awani bersama Encik Abd Azharee Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM) membahaskan dengan lebih lanjut berkenaan bagaimana usahawan PMKS meneruskan perniagaan dalam menghadapi kenaikan harga barang semasa fasa endemik.
1. π¦ππππ£ππ¦ π ππ‘ππ π£π¨π πππ¦π π£ππ‘πππ ππ, π¦πππππ ππππ π¨π¦ππππͺππ‘ π£π ππ¦ π§ππππ ππππ¨ππ πππ‘πππ‘ πππ‘πππππ‘ πππ₯ππ πππ₯ππ‘π. π ππ‘ππππ¨π§ π£ππ‘πππ‘πππ‘ ππππππ π π¨π¦ππππͺππ‘ π πππ₯π’ (ππ¨π ), ππππππ πππ‘πππππ‘ πππ₯ππ πππ₯ππ‘π π¦ππππππ§ π¦ππππ‘π¬ππ π ππ πππ₯π πππ¦ππ‘ πππ£πππ π¨π¦ππππͺππ‘ π£π ππ¦ π¨π‘π§π¨π π ππ‘ππ₯π¨π¦πππ‘ π’π£ππ₯ππ¦π π£ππ₯π‘ππππππ‘ π ππ₯πππ?
Sejak fasa pandemik pada tahun 2020 lagi kita dapat jangkakan kenaikan harga barang mentah kerana peningkatan permintaan dan penawaran. Sebagai pejuang para usahawan terutamanya usahawan mikro, kami terima banyak keluhan ekoran kenaikan harga barang semenjak negara memasuki fasa endemik lagi. Hal ini mencabar minda usahawan untuk menjadi lebih kreatif. Menaikkan harga jualan sememangnya antara satu pilihan yang ada untuk dilaksanakan, akan tetapi, dalam masa yang sama, bagaimana pula usahawan ingin kekal dalam perniagaan dengan keadaan inflasi yang tinggi. Oleh yang demikian, kerajaan perlu peka terhadap keperluan para peniaga dan memberikan bantuan yang selayaknya untuk bertahan.
2. πππππ πππππππ‘ πππ’π‘π’π π π¬ππ‘π π§ππππ π¦π§ππππ ππ‘π, π¨π¦ππππͺππ‘ π£π ππ¦ π ππ‘πππππ π πππππ π π¦ππ π πππ π£ππ₯ππ¨ π¨π‘π§π¨π π ππ‘ππππππ‘ πππ₯ππ ππ¨ππππ‘ πππ‘ ππππππ ππ‘π π¨π¦ππππͺππ‘ ππ‘πππ‘ π ππ‘ππππππππ‘ π£ππππ‘ππππ‘ ππππ π ππ‘ππππππ‘ πππ₯ππ π£π₯π’ππ¨π. ππππππ πππ§π πππ£ππ§ πππππ§ πππ ππππ π¨π¦ππππͺππ‘ ππ¨ππ¨π‘π π§ππππ₯ πππ₯ππ‘π π§ππππ π ππ π£π¨ πππ₯π§ππππ‘ πππ‘πππ‘ πππππ₯ππ‘ πππ₯π¨ ππ‘π?
Kenaikan harga barang mentah memberi kesan yang besar kepada peniaga terutamanya yang melibatkan bahan mentah seperti industri makanan. Dilema ini perlu dikendalikan secara realistik dan objektif kerana perniagaan memerlukan keuntungan. Pada masa yang sama, usahawan juga perlu faham akan kekangan dan kuasa pembeli yang menurun ekoran inflasi yang tinggi. Oleh itu, usahawan perlu memikirkan cara untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang dan memilih kedai mereka dengan memberi nilai penjenamaan mereka supaya pelanggan rasa berbaloi dan berpuas hati apabila membeli barang daripada mereka.
3. π¦ππ‘ππ₯ππ’ π¬ππ‘π πππππππ£π π’πππ π¨π¦ππππͺππ‘ π£π ππ¦ ππππ§π¨ ππ¦π¨ πππ‘πππππ‘ πππ₯ππ πππ₯ππ‘π ππππππ π₯πππππ§π π£πππ π ππ¦π πππ‘π. ππ£ππππ ππ‘πππππ‘ π¬ππ‘π πππ£ππ₯ππ¨πππ‘ π¦π¨π£ππ¬π π£ππ₯π π£ππ‘ππππ πππ£ππ§ πππ₯π§ππππ‘?
Apabila seorang usahawan mempunyai ilmu untuk membuat perancangan yang baik seperti mengurangkan tenaga kerja atau saiz kedai untuk menyesuaikan perniagaan dalam menghadapi inflasi yang tinggi. Hal ini menguji tahap minda usahawan untuk memastikan mereka faham perjalanan aliran perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan disarankan untuk susun atur semula strategi perniagaan supaya mereka dapat mengawal kadar keuntungan dan dapat menambahkan hasil jualan. Usahawan juga perlu faham pihak pembeli juga mempunyai cabaran mereka untuk membeli barang seperti kekangan wang. Adalah penting usahawan membuat perancangan yang terperinci dengan memberi peluang untuk melihat lompong yang perlu ditutup supaya mereka terus dapat kekal berniaga.
4. ππ£ππππ π£πππ¨ππ‘π π¬ππ‘π πππ§ππͺππ₯πππ‘ πππ‘ ππππππ ππ‘π π¨π¦ππππͺππ‘ π£π ππ¦ π ππ₯πππ¨π§ π£πππ¨ππ‘π π¬ππ‘π πππ ππππ§π¨ π£πππ§ππ’π₯π πππππ§ππ π¨π‘π§π¨π π ππ‘πππ πππ‘ππππ‘ ππππ π£ππ₯π‘ππππππ‘ π ππ₯πππ? Pendigitalan merupakan satu alternatif yang terbaik buat usahawan untuk meneruskan perniagaan. Apabila berada di pasaran atas talian, capaian pasaran adalah lebih besar dan luas. Pengguna dan pelanggan mudah untuk mencari nama kita. Akan tetapi, apa yang dirisaukan adalah bagi pihak usahawan, adakah mereka ingin meneruskan menggunakan platform digital atau tidak? Namun begitu, usahawan perlu menganggap digital ini kunci untuk mereka meneruskan perniagaan dan pasaran yang lebih besar. Oleh itu, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mencari alternatif lain yang bersesuaian untuk digunakan dalam perniagaan mereka.
5. ππ’π‘ππ¦ππππ‘ π‘ππ¦ππππ§ π§π¨ππ‘ πππ£πππ π£ππ₯π π¨π¦ππππͺππ‘ π¨π‘π§π¨π π§ππ₯π¨π¦ πππ₯π§ππππ‘ πππ‘ πππ£ππ§ π ππ‘πππ πππ‘ππππ‘ π£ππ₯π‘ππππππ‘ π ππ₯πππ ππππππ πππ¨ππ πππ‘πππ‘ πππ‘ππππππ‘ πππ₯ππ πππ₯ππ‘π π ππ‘π§ππ.
Pertama sekali, usahawan perlu merancang perniagaan dengan baik untuk memastikan apakah hala tuju perniagaan mereka, mereka juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan jaga penjenamaan. Selain itu, usahawan perlu bersifat keterbukaan dan berfikiran positif supaya mereka tidak ketinggalan berbanding dengan yang lain. Usahawan perlu memastikan semangat mereka kuat dan percaya pada diri sendiri untuk mampu menghadapi cabaran pada hari ini dan yang akan datang.
Kenyataan media ini disediakan oleh sekretariat program, Akademi Usahawan Mikro Sdn Bhd. (AUM). Untuk keterangan lanjut, layari go2aum.com atau email rasmi syarikat kami di admin@go2aum.com.
Klik untuk tonton :
https://www.astroawani.com/video-malaysia/agenda-awani-harga-barang-naik-uji-daya-tahan-pmks-1976771
#go2aum
#digasto
#agendaawani
#astroawani