Gallery


  Back to Albums

Instagram Photos


KAJI SELIDIK IMPAK COVID19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KE ATAS USAHAWAN DAN PENGGUNA Assalamualaikum, Tuan, Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. Untuk makluman tuan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang melaksanakan dua (2) kaji selidik ke atas usahawan dan pengguna bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi semasa perniagaan dan pengguna kesan daripada COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0) yang berkuatkuasa sejak 14 Mac 2021. 2. Sehubungan itu, MEDAC ingin mendapatkan kerjasama baik tuan, bagi memanjangkan pautan kaji selidik ini kepada semua usahawan di bawah organisasi dan jaringan hubungan tuan untuk turut sama menjayakan kaji selidik ini. Butiran kaji selidik adalah seperti berikut: (1) Kaji Selidik Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) ke atas Usahawan Pautan kaji selidik : https://rebrand.ly/medac-kesanpkp2u Tempoh kaji selidik : 15 Februari – 5 Mac 2021 Kumpulan sasar : Usahawan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, Usahawan Informal (2) Kaji Selidik Impak COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) Terhadap Sikap Berbelanja Pengguna Pautan kaji selidik : https://rebrand.ly/MEDAC_PKP2P Tempoh kaji selidik : 17 Februari – 5 Mac 2021 Kumpulan sasar : Semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas Kementerian ini mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini. Mohon jasa baik pihak Tuan Puan untuk bantu sebarkan info ini kepada Usahawan yang lain. Sekian. Salam Hormat, Farizah Zahari Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 03-8883 6208
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com