News


Salaam jemput tonton Tuan @azhareewahid Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro AUM esok 730pg di @501awani.

Semoga perkongsian beliau bermanfaat untuk semua PKS.

#DEMIPKS #DEMINEGARA #COVID19 #CORONAVIRUS

Read More

Anda ingin mulakan bisnes tapi tidak tahu untuk mulakan dimana. Kerajaan menyediakan pelbagai initiatif melalui badan-badan berkenaan untuk memudahkan kita memulakan bisnes. Ingin tahu caranya? DAFTAR SEKARANG untuk bengkel online kami, Covid-19: Inovasi Binses Anda di linc.astroawani.com

Read More

AUM TERPILIH TOP 17 IEEEINM!

Alhamdulillah baru selesai briefing Top 17 IEEEINM (Institute of Electrical & Electronic Engineers Innovation Nation Malaysia) Malaysian Track tadi.

Solusi Digital DIGASTO.com telah terpilih antara Top 17 sebagai solusi digital yang boleh membantu Proses Pendigitalan Perniagaan Usahawan seluruh dunia!

Doakan kami menang peringkat Malaysia dan seterusnya mewakili Malaysia ke peringkat Antarabangsa & bersaing dengan Startups dari 3 negara lain iaitu Bosnia Herzegovina, Jamaica & Sri Lanka.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda semua dalam memartabatkan jenama teknologi Malaysia ke persada dunia.

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow #InvestInAUM

Read More

Tax incentive now available for social enterprise donors - Business Today https://t.co/E1ODt28UcB

Read More

TERIMA KASIH RADIO RTM ✌️😍

Alhamdulillah terima Radio RTM kerana sudi menjemput saya kelmarin untuk sekali Lagi berkongsi dalam slot perkongsian berkaitan Keusahawanan di kala Krisis Covid-19.

Untuk menonton & mendengar kupasan saya, jemput, klik link di bawah, perkongsian saya berkaitan "Langkah Penting PKS Untuk Menghadapi Krisis Covid-19" bermula minit ke 10:00 👍🏻😁

Terima kasih RTM, terima kasih semua atas sokongan kepada Akademi Usahawan Mikro AUM selama ini.

Klik sini: https://www.facebook.com/watch/?v=723518818246457

@rtm_malaysia @radiortm_malaysia
Terima kasih RTM, terima kasih semua atas sokongan kepada Akademi Usahawan Mikro AUM selama ini.

Klik sini: https://www.facebook.com/watch/?v=723518818246457

@rtm_malaysia @radiortm_malaysia">

Read More

KUMOTEN & AKADEMI USAHAWAN MIKRO AUM PARTNERSHIP FOR VENDOR REGISTRATION.

Here are some quick links for you to know more about how Kumoten works , you can have a look

Sign up here: https://bit.ly/kitajagakita_signup

How it works: https://bit.ly/jagaSME

Guidelines: https://bit.ly/supplier_guide

If you any help, please call/Whatsapp our Hotline @ 0193492886 / 0196643886 / 0107024276 https://bit.ly/kitajagakita_signup

How it works: https://bit.ly/jagaSME

Guidelines: https://bit.ly/supplier_guide

If you any help, please call/Whatsapp our Hotline @ 0193492886 / 0196643886 / 0107024276">

Read More

3 STRATEGI MUDAH PENDIGITALAN PERNIAGAAN KETIKA KRISIS COVID-19

Memandangkan kes positif Covid-19 semakin meningkat dari sehari ke sehari kami di Akademi Usahawan Mikro AUM mencadangkan untuk semua usahawan lebih serius dalam memperhalusi ilmu demi meneruskan kelangsungan perniagaan ketika Krisis Covid-19

1. MAHIRKAN DIRI DENGAN KOMUNIKASI DIGITAL

Komunikasi digital sangat penting untuk memastikan perjalanan perniagaan dapat diteruskan ketika krisis Covid-19.

Usahawan harus peka tentang platform yang boleh digunakan untuk meneruskan perbincangan dalam perniagaan contohnya Zoom, Facebook Room, Google Meet dan sebagainya.

Ini dapat memastikan perbincangan dapat diteruskan selain daripada mengawal risiko kesihatan dengan mengelakkan bertemu pihak berkepentingan seperti pelanggan, pembekal, rakan kongsi dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak mahir menggunakan aplikasi tersebut maka harus anda cari pakar yang boleh membantu anda dan pasukan anda untuk menggunakan aplikasi tersebut.

2. ADAPTASI PENJENAMAAN DIGITAL

Ketika Krisis Covid-19 ramai pelanggan mungkin akan kurang keluar untuk membeli-belah.

Oleh itu para usahawan seharusnya lebih mempeetingkan usaha dalam memperkenalkan jenama secara digital supaya lebih ramai pelanggan dan bakal pelanggan mengenali kita di Online.

Selain itu, kandungan dalam media sosial, laman web korporat dan sebagainya perlu sentiasa dikemaskini untuk memastikan kehadiran jenama secara digital masih lagi relevan dan dikenali oleh semua sasaran pasaran kita.

Pastikan jenama digital kita sentiasa berhubung rapat dengan pelanggan dan bakal pelanggan terutamanya bila ada sebarang pertanyaan atau maklum balas yang diberikan oleh mereka.

3. ADAPTASI E-DAGANG

Usahawan tidak boleh lagi ketinggalan dalam mengaplikasikan e-dagang dalam perniagaan masing-masing.

Ada dua konsep e-dagang yang mudah untuk difahami pertamanya adalah Virtual Mall dan yang keduanya adalah Marketplaces.

Virtual Mall adalah kedai online anda sendiri dan anda gunakan kedai online ini dengan jenama anda sendiri dengan meletakkan semua produk atau perkhidmatan anda dalam kedai tersebut.

Untuk Marketplaces pula anda boleh letak produk atau perkhidmatan anda dalam platform pelbagai kedai online seperti Shopee, Lazada Youbeli, PG Mall dan sebagainya.

Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri namun sebagai usahawan kita kena pilih platform yang sesuai mengikut kehendak sasaran pasaran kita.

Kami harap semua usahawan terus kekal dan cekal dalam meneruskan perniagaan terutamanya dalam keadaan yang sangat sangat mencabar ini.

Kita seharusnya bertindak untuk mendigitalkan perniagaan kita dengan lebih cepat & tepat. Semoga pendigitalan boleh membantu kita untuk meneruskan perniagaan dan memperkembangkan lagi saiz pasaran yang lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara.

Sekiranya anda perlukan bantuan untuk mendigitalkan perniagaan masing-masing, anda boleh hubungi Akademi Usahawan Mikro AUM di link ini https://m.me/go2aum

Terima kasih dan salam perjuangan buat semua.

Artikel dari,
Abd Azharee Bin Abdul Wahid
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Usahawan Mikro AUM https://m.me/go2aum

Terima kasih dan salam perjuangan buat semua.

Artikel dari,
Abd Azharee Bin Abdul Wahid
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Usahawan Mikro AUM">

Read More

AUM @ BIGBLUE.TV!

Terima kasih BigBlue.tv kerana sudi menjemput kami di Akademi Usahawan Mikro untuk berkongsi tentang Realiti Sebenar seorang Usahawan.

Banyak yang saya kupaskan sebentar tadi.

Di antaranya adalah cabaran dalam mengekalkan perniagaan ketika krisis Covid-19 dan juga bagaimana Pendigitalan boleh membantu usahawan lebih relevan dalam industri.

Saya juga banyak mengupaskan tentang keberkesanan bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan bagaimana usahawan mengambil peluang dengan semua inisiatif yang telah dikeluarkan kerajaan bagi membantu meneruskan perniagaan.

Selain itu kami juga bincangkan persaingan dan juga ketersediaan usahawan untuk menghadapi cabaran yang lebih getir dalam Krisis Covid-19 dan juga membawa usahawan untuk lebih akses kepada pasaran bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara.

Terima kasih juga kepada sahabat media saya Tuan Fitri kerana sekali lagi sudi menjemput saya berkongsi ilmu.

Semoga perkongsian saya tadi memberi manfaat dan Sedikit sebanyak menyuntik semangat agar usahawan lebih kekal dan cekap dalam menghadapi cabaran mendatang dan meneruskan perniagaan sehingga berjaya.

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow @bigblue.tv

Read More

🎥 *AUM @ BigBlue.tv MALAM INI*🎙️😄

Temui En Azharee Wahid, selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Usahawan Mikro AUM akan ditemuramah secara *LIVE di BigBlue.tv bermula pukul 9mlm, ISNIN, 5 OKTOBER 2020*.

Topik: Realiti Sebagai Usahawan

Jemput tonton secara LIVE juga di:

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/officialbigbluetv/live

ATAU

YOUTUBE CHANNEL: https://www.youtube.com/c/BigBlueTaxiApp

Jom tonton beramai-ramai!

Mohon *SEBARKAN* mesej ni ye!

Terima kasih. @bigblue.tv

Mesej dari,

Akademi Usahawan Mikro (AUM)
Hotline 0193492886 | 0196643886
www.go2aum.com | info@go2aum.com https://www.facebook.com/officialbigbluetv/live

ATAU

YOUTUBE CHANNEL: https://www.youtube.com/c/BigBlueTaxiApp

Jom tonton beramai-ramai!

Mohon *SEBARKAN* mesej ni ye!

Terima kasih. @bigblue.tv

Mesej dari,

Akademi Usahawan Mikro (AUM)
Hotline 0193492886 | 0196643886
www.go2aum.com | info@go2aum.com">

Read More
FREE DIGITAL CLASS FOR YOU!
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com