Gallery


  Back to Albums

Mobile Uploads


3 STRATEGI MUDAH PENDIGITALAN PERNIAGAAN KETIKA KRISIS COVID-19 Memandangkan kes positif Covid-19 semakin meningkat dari sehari ke sehari kami di Akademi Usahawan Mikro AUM mencadangkan untuk semua usahawan lebih serius dalam memperhalusi ilmu demi meneruskan kelangsungan perniagaan ketika Krisis Covid-19 1. MAHIRKAN DIRI DENGAN KOMUNIKASI DIGITAL Komunikasi digital sangat penting untuk memastikan perjalanan perniagaan dapat diteruskan ketika krisis Covid-19. Usahawan harus peka tentang platform yang boleh digunakan untuk meneruskan perbincangan dalam perniagaan contohnya Zoom, Facebook Room, Google Meet dan sebagainya. Ini dapat memastikan perbincangan dapat diteruskan selain daripada mengawal risiko kesihatan dengan mengelakkan bertemu pihak berkepentingan seperti pelanggan, pembekal, rakan kongsi dan sebagainya. Sekiranya anda tidak mahir menggunakan aplikasi tersebut maka harus anda cari pakar yang boleh membantu anda dan pasukan anda untuk menggunakan aplikasi tersebut. 2. ADAPTASI PENJENAMAAN DIGITAL Ketika Krisis Covid-19 ramai pelanggan mungkin akan kurang keluar untuk membeli-belah. Oleh itu para usahawan seharusnya lebih mempeetingkan usaha dalam memperkenalkan jenama secara digital supaya lebih ramai pelanggan dan bakal pelanggan mengenali kita di Online. Selain itu, kandungan dalam media sosial, laman web korporat dan sebagainya perlu sentiasa dikemaskini untuk memastikan kehadiran jenama secara digital masih lagi relevan dan dikenali oleh semua sasaran pasaran kita. Pastikan jenama digital kita sentiasa berhubung rapat dengan pelanggan dan bakal pelanggan terutamanya bila ada sebarang pertanyaan atau maklum balas yang diberikan oleh mereka. 3. ADAPTASI E-DAGANG Usahawan tidak boleh lagi ketinggalan dalam mengaplikasikan e-dagang dalam perniagaan masing-masing. Ada dua konsep e-dagang yang mudah untuk difahami pertamanya adalah Virtual Mall dan yang keduanya adalah Marketplaces. Virtual Mall adalah kedai online anda sendiri dan anda gunakan kedai online ini dengan jenama anda sendiri dengan meletakkan semua produk atau perkhidmatan anda dalam kedai tersebut. Untuk Marketplaces pula anda boleh letak produk atau perkhidmatan anda dalam platform pelbagai kedai online seperti Shopee, Lazada Youbeli, PG Mall dan sebagainya. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri namun sebagai usahawan kita kena pilih platform yang sesuai mengikut kehendak sasaran pasaran kita. Kami harap semua usahawan terus kekal dan cekal dalam meneruskan perniagaan terutamanya dalam keadaan yang sangat sangat mencabar ini. Kita seharusnya bertindak untuk mendigitalkan perniagaan kita dengan lebih cepat & tepat. Semoga pendigitalan boleh membantu kita untuk meneruskan perniagaan dan memperkembangkan lagi saiz pasaran yang lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara. Sekiranya anda perlukan bantuan untuk mendigitalkan perniagaan masing-masing, anda boleh hubungi Akademi Usahawan Mikro AUM di link ini https://m.me/go2aum Terima kasih dan salam perjuangan buat semua. Artikel dari, Abd Azharee Bin Abdul Wahid Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro AUM
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com